Latar Belakang
Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS)
Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) merupakan anak syarikat milik penuh Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 17 November 1975 telah berkembang dengan ketara sejak diaktifkan semula pada pertengahan tahun 2006. RMS kemudiannya beroperasi di bawah Akta Syarikat 2016 melalui mandat oleh Bank Rakyat untuk mengembangkan perniagaan francais di bawah jenama Ar-Rahnu X’Change (ARX) kepada koperasi.
RMS telah berkembang bukan sahaja menjadi pemain utama dalam industri Pajak Gadai Islam, bahkan dalam industri emas. Selain menguruskan 83 francais ARX di seluruh negara, RMS telah meluaskan skop perniagaan dengan menceburi bidang perdagangan emas dan operasi runcit di bawah jenama RMS Gold. Dengan kepakaran yang luas dalam bidang emas, RMS juga menawarkan perkhidmatan sebagai perunding meliputi bidang audit, pematuhan dan latihan.
Pertumbuhan strategik RMS mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan dan sejajar dengan visi Bank Rakyat dalam membangunkan perniagaan koperasi di Malaysia. Pendekatan yang menyeluruh digunakan oleh RMS merangkumi pengurusan francais, perdagangan emas, operasi runcit dan perundingan, telah berjaya meletakkan RMS sebagai pemain industri yang dinamik dan berpengaruh dalam kedua-dua sektor Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu) dan emas.
