About Us

About Us
Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Contact Info

684 West College St. Sun City, United States America, 064781.

(+55) 654 - 545 - 1235

info@corpkit.com

Notis Privasi RMS

PENGENALAN

Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) komited untuk melindungi data peribadi dan menghormati hak anda dalam pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, serta pelupusan data peribadi anda. RMS memberi keutamaan tertinggi kepada langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan data peribadi anda dilindungi dan diproses selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) Malaysia.

MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN

RMS mungkin mengumpul data peribadi secara langsung daripada anda secara sukarela seperti berikut :
  • Nama
  • Nombor Telefon
  • Alamat Emel
  • Maklumat lain berkaitan produk dan perkhidmatan RMS
Tiada maklumat yang dikumpulkan secara automatik semasa melayari laman web ini kecuali maklumat umum pelawat seperti jenis pelayar web, nama domain, negara asal dan statistik pelayaran yang bertujuan untuk penambahbaikan prestasi dan keselamatan laman web.

Maklumat ini digunakan untuk analisis statistik dan tidak melibatkan sebarang data peribadi yang boleh mengenal pasti individu.

SUMBER PENGUMPULAN DATA

RMS mendapatkan data peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • Emel rasmi seperti yang tertera di laman web rasmi RMS
  • Borang Pertanyaan dan Maklum Balas
  • Borang Pendaftaran Vendor
  • Borang Perisytiharan Integriti Perolehan
  • Borang Kebenaran Semakan CTOS

TUJUAN PENGUMPULAN DATA

Data peribadi dikumpulkan dan diproses bagi tujuan berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • Untuk berkomunikasi dengan anda dalam mendapatkan maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan kami.
  • Untuk menjawab pertanyaan dan aduan anda serta menyelesaikan pertikaian secara am.
  • Untuk melaksanakan aktiviti dalaman.
  • Untuk memenuhi keperluan pihak berwajib atau keperluan perundangan atau undang-undang yang termaktub.
  • Untuk mengesahkan kedudukan kewangan menerusi pemeriksaan rujukan kredit.
Data peribadi hanya akan diproses apabila perlu, dengan persetujuan anda, atau sebagaimana dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang

PEMPROSESAN DATA

RMS memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.

DATA PERIBADI KANAK-KANAK

RMS tidak mengumpul data peribadi kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah. Sekiranya anda adalah ibu bapa atau penjaga dan percaya anak anda telah memberikan data peribadi kepada RMS tanpa kebenaran anda, sila hubungi kami untuk tujuan penghapusan data tersebut.

PENDEDAHAN DATA PERIBADI

Data peribadi anda mungkin didedahkan, apabila perlu, dengan persetujuan anda atau sebagaimana dibenarkan atau ditetapkan oleh undang-undang kepada pihak ketiga terpilih termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • Bank Rakyat dan entiti berkaitan RMS.
  • Agensi kerajaan, pengawal selia, atau pihak berkuasa undang-undang (sebagaimana diperlukan oleh undang-undang).
  • Penasihat profesional RMS (contohnya - juruaudit dan peguam cara).
  • Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT), termasuk sistem dan infrastruktur pelayan yang dilantik oleh RMS.
  • Rakan kongsi perniagaan yang sah di sisi undang-undang.
RMS tidak akan menjual atau menyewakan data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga. Sekiranya pendedahan diperlukan, RMS akan memastikan pihak penerima melaksanakan langkah kerahsiaan dan keselamatan yang sewajarnya.

PENYIMPANAN DATA PERIBADI

RMS akan menyimpan data peribadi anda hanya selama mana perlu bagi memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini atau sebagaimana dikehendaki undang-undang. Setelah tidak lagi diperlukan, data tersebut akan dilupuskan dengan selamat mengikut keperluan undang-undang yang berkenaan.

LANGKAH KESELAMATAN

RMS mengambil langkah-langkah keselamatan yang wajar dan bersesuaian untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, penyalahgunaan, capaian tanpa kebenaran, pendedahan atau pengubahan. Langkah-langkah ini termasuk kawalan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang sesuai selaras dengan keperluan undang-undang serta amalan terbaik industri.

Sekiranya berlaku pelanggaran data yang berkemungkinan menjejaskan hak anda secara signifikan, RMS akan mengambil langkah munasabah untuk memaklumkan pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan dalam tempoh 72 jam (jika perlu) dan individu yang terjejas dalam tempoh yang sewajarnya.

PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN

Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke portal seperti Google Maps dan portal luaran lain. Notis Privasi ini hanya terpakai kepada laman web rasmi RMS. Pelawat dinasihatkan membaca dan memahami dasar privasi laman web pihak ketiga sebelum memberikan sebarang data peribadi.

HAK ANDA

Anda mempunyai hak untuk :
  • Mengakses dan mendapatkan salinan data peribadi anda yang disimpan oleh RMS
  • Meminta pembetulan ke atas sebarang data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan.
  • Menarik balik persetujuan terhadap pemprosesan data peribadi anda pada bila-bila masa (tertakluk kepada undang-undang atau obligasi kontrak). Harap maklum bahawa penarikan balik persetujuan mungkin menjejaskan keupayaan RMS untuk menyediakan perkhidmatan tertentu kepada anda.
  • Membuat aduan kepada RMS berhubung pemprosesan data peribadi anda.

PINDAAN POLISI

RMS boleh mengemaskini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan keperluan undang-undang, peraturan atau perniagaan. Sebarang perubahan atau pindaan akan dimaklumkan melalui laman web rasmi RMS atau saluran komunikasi lain yang bersesuaian. Anda digalakkan untuk menyemak halaman ini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, permintaan atau aduan berhubung data peribadi anda, sila hubungi PENGAWAI PELINDUNGAN DATA BANK RAKYAT :

Nombor Telefon

(+60)3 - 2612 9600
(Ext 7605 / 7569)

Lokasi Kami

Aras 12, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470, Kuala Lumpur